ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT HARI GURU

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Wednesday, May 13, 2015

SELAMAT HARU GURU 2015

Seluruh warga SK Kayan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
kepada seluruh guru di Malaysia



LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 3

Latihan Dalam Perkhidmatan  (LDP) kali ke-3 telah diadakan pada 9 Mei 2015 di Bilik Guru. Tajuk LDP kali ini ialah Pembinaan Laman PdP dalam FROG VLE. Kursus disampaikan oleh Encik Mazni bin Othman. Guru juga didedahkan cara menggunakan Netbook 1Malaysia supaya mereka lebih menguasainya semasa menggunakannya bersama murid nanti.




Tuesday, April 28, 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform, iaitu Pengakap dan Pergerakan Puteri Islam telah dia diadakan pada 24 dan 25 April yang lalu. Antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti memasang khemah , aktiviti fizikal dan mental, aktiviti dalam kumpulan, senamrobik dan pertandingan memasak. Peserta perkhemahan tahun ini seramai 48 orang yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.











APC 2014

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 , iaitu Puan Salmi Suhana binti Mohd. Noor dan Puan Hasnah binti Saad. Tahniah kepada mereka. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan lagi prestasi dan semangat guru untuk mendidik anak-anak SK Kayan.

Sunday, April 5, 2015

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE 32

Kejohanan Padang dan Balapan SK Kayan kali ke 32 telah diadakan pada hari Khamis 26 Mac 2015 jam 2.30 petang. Kejohanan telah dirasmikan oleh YDP PIBG yang baharu En Helmi. Kejohanan dimulai dengan perbarisan lintas hornat kontijen yang mengambil bahagian, iaitu Pra Sekolah, Rumah Satria (Merah), Rumah Hijau (Waja) dan Rumah Biru (Wira). Kejohanan bermula dengan acara sukaneka Tahap 1 dan tahap 2. Kemudian acara balapan iaitu lari 100 meter, 200 meter 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Acara kemuncak iailah tarik tali akhir antara Rumah Merah dan Rumah Biru. Acara padang telah diadakan lebih awal iaitu acara lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh.





















JOHAN Rumah Satria (MERAH)
Tahniah



Friday, March 6, 2015

PENINGKATAN BAND SEKOLAH

SK KAYAN TELAH BERJAYA MENINGKATKAN BAND SEKOLAH DARIPADA BAND 3 KEPADA BAND 2 PAD TAHUN 2014.
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK KAYAN ATAS KEJAYAAN INI.
SYABAS.


MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN TAHUN 6

Program ini adalan jalinan kerjasama antara SK Lekir dan SK Kayan yang diadakan di Pusat Pertanian Lekir pada Sabtu 28 Fabruari 2015