ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Sunday, June 24, 2012

KEJOHANAN SUKAN SK KAYAN KALI KE 29

Khamis, 21 jun 2012, Jam 2.30 petang. Kejohanan Balapan dan Padang (SUKAN SEKOLAH) kali ke 29 telah dirasmikan oleh Y Bhg Ngoo Teck Keong, setiausaha sulit YG Dato' Seri Kong Cho Ha. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Pra Sekolah. Kemudian bacaan ikrar sukan oleh adik Zarul bin Zamri. Diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh adik Agam Muhammad Salman. Seterusnya, ucapan oleh tuan Guru Besar En Mohd Shalehin bin Suratman dan Ucapan perasmian oleh tetamu jemputan.

Acara sukan dimulai dengan acara sukaneka dan seterusnya acara larian terus dan acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Kemeriahan sukan diteruskan lagi dengan acara belia/beliawanis dan ibu bapa. Acara kemuncak ialah acara tarik tali akhir diantara rumah Biru dan Rumah Hijau. Bagi acara tarik tali ini dimenangi oleh rumah HIJAU.

Keseluruhannya sukan pada tahun ini sasngat meriah dan berjalan dengan lancar sekali. Tahniah kepada rumah BIRU yang menjadi JUARA pada tahun ini. Acara hiasan rumah sukan juga dimenangi oleh rumah BIRU dan acara perbarisan juga dimenangi oleh rumah BIRU.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjaya kan sukan tahunan ini terutamanya kepada Jawatankuasa Pengelola Sukan, Perasmi Y Bhg ngoo Teck Keong, PPD Manjung, PIBG SK Kayan, Staf Sokongan, Pekerja Swasta, Ibu Bapa, Guru-Guru, serta semua pihak dan individu yang telah memberi sumbangan dan tenaga secara langsung bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan ini. Terima Kasih. Tahun hadapan berjumpa lagi.

RUMAH BIRU

MASKOT RUMAH HIJAU

RUMAH MERAH


BACAAN IKRAR SUKAN

BACAAN DOA

MASKOT RUMAH BIRU


UCAPAN GURU BESAR


UCAPAN PERASMIAN

SUKANEKA

PENYAMPAIAN HADIAN

SUKANEKA

100 METER

PEGAWAI KEJOHANAN

JUARA RUMAH BIRU

MATA KESELURUHAN

Thursday, June 21, 2012

PENYAMPAIAN HADIAH

TUAN GURU BESAR telah menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara Merentas Desa dan Acara padang iaitu lompat jauh, lontar peluru dan lompat tinggi. Beliau juga telah menyampaikan cenderahati kepada semua staf yang bertungkus lumus bagi menjayakan Temasya Sukan Tahunan kali ke 29 SK Kayan ini. Tahniah kepada para pemenang.






Friday, June 15, 2012

ACARA PADANG DAN TARIK TALI







KEMERIAHAN Sukan Tahunan SK Kayan diteruskan lagi dengan acara padang iaitu acara lompat jauh terbuka L/P, lompat tinggi terbuka L/P dan lontar peluru terbuka L/P. Seperti biasa acara kegemaran murid-murid Kayan iaitu tarik tali juga tidak ketinggalan. Pasukan rumah Hijau akan menentang rumah Biru di FINAL semasa hari Sukan nanti. Persaingan rumah sukan pada tahun ini begitu hebat dan rumah Biru menunjukkan taringnya dengan merangkul beberapa emas dalam acara padang. Datanglah beramai-ramai pada hari sukan sebenar nanti iaitu 21Jun 2012 (Khamis) jam 2.30 petang.

Tuesday, June 12, 2012

PROGRAM ZOOM-A

MENJAWAB SOALAN ZOOM-A

BEGITU ASYIK

LAPTOP LAMA PUN BOLEH GUNA LAGI
Melalui program kecemerlangan UPSR 2012, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan semua murid Tahun 6 dengan Program Zoom-A. Dengan bayaran RM10.00 setahun dan ditanggung semuanya oleh pihak sekolah, diharapkan program ini akan membuahkan hasil. Jadual telah disusun untuk membolehkan murid-murid menggunakan komputer di makmal komputer sekolah kerana rata-rata murid tidak mempunyai komputer dan internet di rumah.


ACARA SUKANTARA 2012




Seperti biasa sebelum Kejohanan Sukan sebenar, semua murid akan mewakili setiap rumah masing-masing akan bertanding dalam acara Sukantara. Acara sukantara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lompat tinggi, dan lontar peluru. Bagi acara lontar peluru hanya murid tahap 2 sahaja yang terlibat. Semua murid akan menyumbangkan mata untuk rumah masing-masing. Bagi setiap acara peruntukan mata telah ditetapkan bagi setiap lompatan atau lontaran. Mata mengikut ukuran yang telah ditetapkan iaitu 3 mata, 6 mata dan 9 mata. Pada tahun ini sukan dijangka akan lebih meriah dengan acara yang dipertandingkan. Hiasan rumah sukan dan perbarisan juga dipertandingkan.