ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Thursday, July 19, 2012

LAWATAN INSPIRASI KE SEMESTI TELUK INTAN







SELASA , 17 Julai 2012, tepat jam 9.00 pagi seorang guru dan 2 orang pelajar SM Sains Teluk Intan (SEMESTI) tiba dengan sebuah bas untuk membawa palajr-pelajar Tahun 6 serta 8 orang guru melawat sekolah mereka. Lawatan ke sekolah berasrama penuh (SBP) ini bertujuan menaikkan semangat pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi UPSR supaya mereka berusaha meningkatkan lagi akademik mereka dan berjaya menempatkan diri di salah sebuah SBP seluruh Malaysia. Dalam lawatan ini, pelajar dibawa melawat sekitar sekolah, melihat budaya pembelajaan sekolah, melihat kemudahan sekolah SBP, melihat asrama, menikmati makanan di asrama dan mendengar taklimat tentang kemasukkan pelajar ke SBP. Semoga dengan lawatan yang diusahakan ini dapat memberikan satu inspirasi kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menempatkan diri mereka ke sekolah SBP ini. Terima kasih kepada pihak sekolah SEMESTI amnya dan kepada guru-guru kaunselor khususnya yang sanggup menerima kungjungan ini dan mengambil dan mengantar pelajar dari SK Kayan ke SEMESTI. Berjumpa lagi tahun hadapan.

PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG





 SELASA, 17 Julai 2012 Tuan Guru Besar telah melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun yang membawa teman 1 Malaysia Janji Ditepati

Tuesday, July 10, 2012

VIDEO SENAMROBIK SERENTAK 1M1S1MALAYSIA

VIDEO SUKAN KALI KE 29 2012





SENAMROBIK 1Murid1Sukan1Malaysia
10 Julai 2012
Selasa
8.00 pagi

Monday, July 9, 2012

JULAI BULAN MEMBACA

PERASMIAN bulan membaca oleh Tuan Guru Besar En Mohd Shalehin bin Suratman sebentar tadi. MAjlis juga diserikan lagi dengan persembahan nyanyian lagu Membaca dan deklamasi puisi oleh pelajar.




Monday, July 2, 2012

SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

JUMAAT 29 JUN 2012, Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah 2012 telah diadakan di Makmal Sains bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Antara pengisiannya ialah bacaan doa, memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran, sesi tayangan, ceramah Israk dan Mikraj dan kuiz. Penceramah jemputan ialah Ustaz Dzul Haidi bin Mohamad dari SK Seri Bayu, Seri Manjung.




HARI BERTEMU PELANGGAN

JUMAAT, 29 Jun 2012, jam 10.30 pagi bertempat di dataran bersebelahan kantin sekolah, semua guru kelas membuka kuanter pelanggan untuk bertemu dengan ibu bapa bagi menyerahkan kad pelaporan kemajuan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Ibu bapa yang hadir boleh berbincang dengan guru-guru tentang pencapaian anak-anak masing masing. Guru juga berpeluang bertemu dengan ibu bapa bagi menerangkan pencapaian anak-anak mereka. Murid dibenarkan pulang bersama ibu bapa setelah menandatangani kad pelaporan tersebut