ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Tuesday, December 31, 2013

VISI DAN MISI




LOGO BAHARU KPM

Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)


Rasional
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Sesi persekolahan 2014 akan bermula pada 2 Januari 2014 iaitu hari Khamis. Sedikit taklimat ringkas oleh Tuan Guru besar dan Kelas PnP berjalan seperti biasas. Bagi ini bapa yang hendak mendapatkan buku tulis untuk anak-anak, boleh berhubung terus dengan kedai buku sekolah atau pejabat sekolah. Harap maklum.

Guru Kelas 2014
Prasekolah - Pn Norazlina bt Othman
1 Kreatif - Pn Hasnah bt Saad
2 Kreatif - Pn Salmi Suhana bt Mohamad Nor
3 Kreatif - En Shahrilazizy bin Omar
4 kreatif - Pn Salina bt Ibrahim
5 Kreatif - En Mohd Zaidi bin Mohd Rashid
6 Kreatif - En Mohd Hanif bin Abd rahman

Thursday, November 14, 2013

KEPUTUSAN U P S R 2013


Bilangan calon 17 orang

5A = tiada
4A 1B = 1 orang
3 A 2 B = 3 orang
2A 2B 1C= 6 orang
Peratus Keseluruhan = 70.58 %
Bahasa Melayu Kefahaman = 94.1 %
Bahasa Melayu Penulisan = 88.2 %
Bahasa Inggeris = 76.5 %
Matematik = 76.5 %
Sains = 94.1 %

MUHAMMAD AFIQ BIN AZMAN
4A 1B

MUHAMMAD HAZIQ BIN IBRAHIM
MUHAMMAD AFIF BIN RIZALMAN
MUHAMMAD ZUHAIR ISKANDAR BIN MOHD RUSYDI
3A 2B

2A 2B 1C:
MOHD ZULHAIRY QASFHI BIN MOHD ZAIDI
NORSYAWAL ALIAH MD RASHID
NORSYAHIDAH BT ZULKARNAIN
NURHIDAYAH BT RUSLI
NURUL AIN BT AZMI
ZAHRATUL AULA BT MAT ABAS

Wednesday, November 13, 2013

ANUGERAH CEMERLANG SK KAYAN 2013

Hari Anugerah Cemerlang SK Kayan telah diadakan pada hari Selasa 12 November 2013 pada pukul 8.30 pagi di Dewan Orang Ramai Kampung Kayan. Program telah dirasmikan oleh En Mohd Pudzi b Mohd Noor Penyelia Sekolah Rendah Unit Pengurusan Sekolah PPD Manjung. Turut hadir YDP PIBG dan Tok Sidang SK Kayan. Seluruh wagra SK Kayan dan masyarakat setempat telah dihidangkan dengan persembahan pelajar yang hebat-hebat pada tahun ini. Tahniah kepada pelajar yang CEMERLANG dan mendapat anugerah dan usaha lagi kepada yang tidak berjaya. Terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa kerja Hari Anugerah Cemerlang ini yang telah menjayakan program ini dengan Cemerlang sekali.










VIDEO PERSEMBAHAN MURID SK KAYAN

Monday, November 4, 2013

MALAM GALA DINNER

MALAM GALA DINNER, Majlis Jamuan Akhir Tahun SK Kayan anjuran Kelab Guru dan Staf Sokongan (KGSS) pada hari Jumaat 25 Oktober 2013 yang lalu. Majlis ini diadakan di Kantin Sekolah SK Kayan yang dihadiri oleh semua kaum keluarga KGSS serta wakil PIBG sekolah.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
UCAPAN PENGERUSI KGSS

UCAPAN GURU BESAR
BACAAN DOA

ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI GURU LELAKI
ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI GURU PEREMPUAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI STAF SOKONGAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN KATEGORI PEKERJA SWASTA



 

Thursday, October 17, 2013

PKSR 2 2013

Peperiksaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Dua akan diadakan pada 22 Oktober 2013 sehingga 25 Oktober 2013. Jadual Waktu peperiksaan seperti berikut:


Harap maklum

Thursday, October 10, 2013

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2013

Jumaat, 3.00pm pendaftaran peserta perkhemahan. Aktiviti pertama memasak. Kemudian diteruskan lagi dengan aktiviti jejak bahasa arab. Pada sebelah malamnya aktiviti persembahan koir lagu-lagu patriotik. Disambung semula waktu pagi dengan aktiviti senamrobik, ice breaking, LDK dan majlis penutup serta penyampaian hadiah.