ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Saturday, April 27, 2013

SEMAKAN IBU BAPA

Kepada semua ibu bapa pelajar SK Kayan, anda boleh menyemak keputusan Ujian 1 bulan April yang lalu melalui laman sesawang


Pilih SEMAK IBU BAPA, kemudian masukkan no KP/ No Sijil Lahir anak anda, pilih SEKOLAH RENDAH dan Tahun Peperiksaan. Anda boleh mencetak terus SLIP keputusan anak anda.

Sekian, harap maklum.



PERSEKOLAHAN GANTI SABTU 27 APRIL 2013

Hari ini SK Kayan bersekolah seperti biasa. Sekolah ganti sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang lalu. Jadual kelas hari Jumaat. Apa yang istimewa pada hari ini ialah, Cikgu Azizi berniat untuk membuat kenduri aqiqah untuk anaknya. Selepas sesi persekolahan seluruh warga SK Kayan bersama-sama menikmati juadah yang disediakan. Menu utamanya, kambing masak kurma yang disediakan oleh pekerja swasta sekolah bersama dengan pengusaha kantin sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zahid.



Monday, April 22, 2013

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013



Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu..

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.

Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.





HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.


HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

 

Tuesday, April 16, 2013

PROGRAM TAHUN 6 2013 - KELAS MALAM

Kelas bimbingan Tahun 6 juga diadakan pada waktu malam setiap malam Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.00 malam - 9.30 malam. Pelajar diberi peluang menyipakan kerja sekolah dan berbincang dengan rakan dan guru. Ini bagi mengisi masa murid dengan aktiviti yang berfaedah daripada menonton TV sahaja di rumah. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi prestasi Tahun 6 pada tahun ini.







HARI GURU 2013




GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1AGENDA

Huraian Tema Hari Guru 2013


HURAIAN 1ASPIRASI

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2015



Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.



1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.