ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Friday, May 17, 2013

BOLING SEMPENA HARI GURU

Kemeriahan Hari Guru tahun ini diceriakan lagi dengan Pertandingan Tenpin Bowling antara guru, kakitangan dan pekerja swasta yang diadakan di Manjung Bowling Centre Kg Koh Sitiawan pada sebelah petangnya.














Tahun depan kita buat di pusat boling yang lain pulak.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013

Sambutan Hari Guru tahun ini sangat bermakna bagi guru. Walaupun saban tahun sambutan ini diadakan. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi dengan nyanyian lagu Kebangsaan, Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Kemudian Guru Besar En Mohd Shalehin bin Suratman menyampaikan ucapaan. Acara diteruskan lagi dengan bacaan perutusan dari KPPM oleh En Saaidin bin Mahmud PK Koku. 
Selepas itu, semua guru berikrar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema pada tahun ini.
Acara diteruskan dengan sukaneka untuk guru-guru. Kemudian acara penyampaian hadiah dan pertukaran hadiah antara guru. Semua murid bersurai dan pulang jam 12.00 tgh.

















Wednesday, May 15, 2013

Monday, May 13, 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PKSR 1

PELAJARAN JAWI DAN BAHASA ARAB
SAHAJA

PEPERIKSAAN AKAN DIJALANKAN ESOK (14 MEI 2013)

8.00 - 9.00 PAGI
PELAJARAN JAWI
TAHUN 1 - 6

9.10 - 10.10 PAGI
BAHASA ARAB
TAHUN 1 - 6

PEPERIKSAAN YANG LAIN AKAN BERMULA MINGGU HADAPAN
JADUAL AKAN DIKELUARKAN DALAM MASA TERDEKAT

HARAP MAKLUM

Wednesday, May 1, 2013

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2013

30 April, SK Kayan telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di PWTC Kuala Lumpur. Bergerak di SK Kayan jam 6.45 pagi dan tiba di PWTC pada pukul 11.00 pagi. Seramai 30 orang murid Tahun 6 dan Tahun 5 beserta 10 orang guru diberi masa selama 4 jam untuk mengunjungi pameran dan jualan buku di PWTC. Murid dan guru amat teruja dengan buku-buku dan harga yang ditawarkan. Kemudian murid-murid diberi peluang untuk melawat Muzium Negara. Rombongan bertolak pulak ke SK Kayan pada pukul 5.00 petang dan tiba di SK Kayan pada pukul 10.00 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti sebegini. Mudah-mudah program sebegini boleh merapatkan lagi murid-murid dengan 'BUKU'. Jadikanlah buku sebagai teman kita.
Budaya Membaca Budaya Kita. 









Lawatan SK Kayan ini juga mendapat liputan Utusan Malaysia. Untuk berita penuh