ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Friday, June 28, 2013

Tuesday, June 25, 2013

JEREBU - CUTI BERGANTI

Makluman kepada seluruh warga SK Kayan, esok Rabu 26 Jun 2013, sekolah ditutup atas arahanPPD Manjung kerana masalah jerebu. Semua murid dan guru akan bercuti selama 1 hari mulai esok dan bergantung kepada cuaca semasa. Sekolah ganti ialah pada hari Sabtu yang akan diberitahu kemudian.

Sekian, harap maklum



Surat daripada PPD Manjung


Friday, June 21, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK KAYAN KE 30

20 JUN 2013, jam 2.30 petang. Perasmian Penutup oleh YB Rashidi bin Ibrahim Adun Pasir Panjang. Rumah yang bertanding ialah Rumah Biru (Wira) Rumah Merah (Satria) dan Hijau (Waja). Antara acara yang dijalanlan sebelum hari sukan ialah. Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru, Sukantara dan Merentas Desa.

Merentas Desa

Lontar Peluru

Lompat Jauh
Lompat Tinggi
















JOHAN KESELURUHAN PADA TAHUN INI JATUH KEPADA RUMAH BIRU. TEMPAT KEDUA RUMAH MERAH DAN KETIGA RUMAH HIJAU. OLAHRAGAWAN PULA ADIK ZARIN DAN OLAHRAGAWATI ADIK IZZAH.
keseluruhannya sukan pada tahun ini amat meriah dengan kehadiran ibu bapa, bekas-bekas pelajar SK Kayan dan tetamu jemputan YB Rashidi bin Ibrahim ADUN Pasir Panjang bersama Tok Sidang Kayan Tn Hj Ahdan bin Jamin. Juga penglibatan AJK PIBG yang diketuai oleh YDP dan NYDP nya dalam menjayakan Temasya Sukan pada tahun ini. Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat. Juga tidak dilupakan kepada individu yang banyak menyumbang barangan dan wang ringgit dalam menjayakan sukan ini.
JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN
EDISI KE 31
SEKIAN..WASSALAM

Tuesday, June 18, 2013

SUKAN TAHUNAN SK KAYAN KE 30

KEPADA SEMUA IBU BAPA DAN WARGA KG. KAYAN, ANDA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI KE PADANG SK KAYAN PADA KHAMIS 20 JUN 2013 JAM 2.30 PETANG BAGI MEMERIAHKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SK KAYAN KALI KE30 PADA TAHUN INI.
KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH.
HARAP MAKLUM

Monday, June 17, 2013

AKHIR-ACARA PADANG

Acara Akhir bagi acara padang iaitu acara Lompat Jauh, Lontar Peluru dan Lompat tinggi baru sahaja selesai. Tahniah kepada pemenang dan rumah sukan yang berjaya mendapat pingat emas. Bagi acara padang  ini seramai 6 peserta iaitu 2 orang peserta bagi setiap rumah sukan akan bertanding dalam kategori lelaki dan perempuan. Mereka terdiri dari murid tahun 4 , 5 dan 6 daripada yang terbaik setiap rumah sukan. Penyampaian hadiah bagi acara ini akan diadakan semasa raptai sebenar sukan sekolah.










Sunday, June 16, 2013

SUKAN TAHUNAN 2013


MERENTAS DESA 2013

Pada 15 Jun 2013, Acara Merentas Desa membabitkan pelajar Tahap 2 Tahun 4, 5 dan 6 telah diadakan. Pelajar terpaksa berlari sejauh 5 KM untuk menamatkan acara ini. 10 pemenang bagi lelaki dan perempuan di berikan hadiah dan Mata untuk Rumah Sukan masing-masing.














Thursday, June 13, 2013

PERTANDINGAN BERCERITA ZON 3 SITIAWAN

11 JUN 2013 : Pada tahun ini sekali lagi SK Kayan menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 Zon 3 Sitiawan dalam Daerah Manjung. Pada tahun ini seramai 12 orang peserta bagi Tahap 1 dan 14 orang peserta bagi Tahap 2 mengambil bahagian. Pertandingan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Tahniah kepada yang berjaya. Kepada pemenang pertama dan kedua bagi setiap kategori secara automatik akan mewakili Zon 3 Sitiawan ke Pertandingan peringkat daerah pula.