ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Sunday, August 18, 2013

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA !

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila

 “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku



menjadi tema hari kemerdekaan yang ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos ini
Difahamkan tema itu dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah

Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web www.malaysiamerdeka.gov.my




Saturday, August 3, 2013

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan

JUMAAT 2 Ogos 2013 bersamaan 24 Ramadhan 1434H berlangsung Majlis Perasmian Penutup Program Ihya' Ramadhan dan penyampaian sumbangan hari Raya kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin. Program ini dirasmikan oleh En Mohamad Amini bin Mat Ali, Penolong PPD J-QAF, PPD Manjung.
Acara juga dimulakan dengan Khatam Al Quran oleh murid-murid Tahun 2 sehingga Tahun 6 seramai 30 orang yang telah Khatam Quran dan murid tadarus Quran.
















Friday, August 2, 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Faiz Ahmad bin Hashim yang telah menyumbangkan bakti di sekolah ini sebagai guru ganti menggantikan Cikgu Hasnah bt Saad yang cuti bersalin. Walaupun tidak lama di sekolah ini, namun jasa dan sumbangan beliau pihak sekolah ucapkan terima kasih.

Thursday, August 1, 2013

SELAMAT HARI RAYA

Seluruh Warga SK Kayan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada seluruh Umat Islam dan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. 


Sekolah akan bermula cuti pada 3 Ogos 2013 sehingga 18 Ogos 2013. Sekolah akan dibuka semula pada 19 Ogos 2013. Pada 5 dan 6 Ogos merupakan CUTI Berganti sempena Hari Raya. Sekolah ganti pada 24 Ogos dan 7 September 2013.