ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Wednesday, November 18, 2015

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2015


18 November 2015, Rabu, SK Kayan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bersama dengan Konvokesyen Prasekolah dan Graduasi Tahun 6. Majlis ini dirasmikan oleh En Mohd Marzuki bin Abd Ghani, Ketua Unit Akademik, Penolong PPD Pengurusan Akademik. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan murid Prasekolah, Murid Tahap 2 dan Murid Tahun 6. Ibu bapa juga diberi peluang untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada anak-anak mereka. Acara penutup majlis ini diserikan dengan persembahan kugiran dan nyanyian oleh murid-murid Tahap 2 di bawah bimbingan cikgu Syahrilazizy.









KEPUTUSAN UPSR 2015

KEPUTUSAN UPSR 2015
5 A - tiada
4A 1B - 2 orang
4A 1C - 1 orang
Peratus kelulusan : 83.33%
GPS : 1.93

KELULUSAN MATA PELAJARAN

BM Pemahaman : 100 %  GPMP 1.42
BM Penulisan : 91.7%  GPMP  1.42
B Inggeris : 83.3 %  GPMP 2.67
Matematik : 91.7 %  GPMP 2.17
Sains : 91.7 %  GPMP  1.92









Wednesday, October 21, 2015

LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA PASUKAN BOMBA

Latihan kebakaran bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Sitiawan diadakan pada Selasa 29 September 2015. Demontrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam tepung kering dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam menggunakan paip bomba. Semua murid juga berpeluang melihat jentera bomba dengan lebih dekat.







SIRKIT BOLING TENPIN MSSPk / PTBA 2015

3 orang murid SK KAYAN telah mewakili Daerah Manjung dalam kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 11 tahun dalam Sirkit Boling Tenpin MSSPk PTBA 2015 yang diadakan di Ole-Ole Superbowl Mydin Meru Raya (18, 19 dan 20 Sept.) Ipoh Bowl Kinta City (2, 3 dan 4 Okt. ) dan Ampang Superbowl Ipoh Parade (16, 17, dan 18 Okt). Mereka ialah Nursyasya Masturina, Alfan Naim dan Ahmad Syafiqzul dari Tahun 5.


Kejayaan
Sirkit 2
Nursyasya Masturina - Pingat Perak

Sirkit 3
Nursyasya Masturina - kelima


Nursyasya Masturina layak ke Grand Final pada 31 Oktober 2015 di Ampang Superbowl Ipoh Parade.

HARI SUKAN NEGARA 2015

Hari Sukan Negara 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada 10 Oktober, iaitu hari Sabtu. Acara dimulakan dengan semua murid, guru-guru, PIBG dan ibu bapa yang hadir berkumpul di dataran kejat seawal jam 7.30 pagi. Semua memulakan dengan senaman pagi dan senamrobik selama 1 jam. Selepas itu, semua warga sekolah berjalan sejauh 2.5 km menuju ke Jeti Kayan.

Selepas semua pulang semula ke sekolah pada pukul 11.30 pagi, satu aktiviti gotong royong membersihkan taman herba dan mengemas bilik SAL. Program berakhir pada jam 1.30 petang.











Tuesday, September 29, 2015

SELAMAT DATANG GURU BAHARU

PUAN NARIMAH ABYAD BINTI ARSHAD
GURU BAHASA ARAB
DG 44 KUP

Seluruh warga SK Kayan mengucapkan selamat datang kepada staf baharu , iaitu Puan Narimah Abyad binti Arshad dari SK Seri Selamat Sitiawan. Beliau merupakan guru Bahasa Arab yang menggantikan Ustazah Juriah. Memulakan khidmat di SK Kayan pada 16 Julai 2015.

Tuesday, August 18, 2015

HARI MERDEKA MALAYSIA 2015


SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2015


LOGO HARI MERDEKA MALAYSIA 2015

Bermula tahun ini, sambutan Kemerdekaan Malaysia dimaklumkan tidak lagi menggunakan ulang tahun sambutan seperti tahun sebelumnya. Tiada lagi jumlah sambutan dan hanya tahun yang digunakan. Semua ini demi menyeragamkan sambutan antara Sarawak dan Sabah (16 September) dan Semenanjung (31 Ogos).
Melihat logo Hari Merdeka Malaysia jelas menggambarkan seluruh rakyat Malaysia satu hati dan satu jiwa berdiri megah bersama kerajaan meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia Tahun 2015. Oleh itu, Program Hari Kemerdekaan 2015 perlu menekankan kepada perpaduan dan bersatu apabila "Sehati Sejiwa" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Sehati Sejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan.

LAGU TEMA

LADAP 15 OGOS 2015

Sabtu 15 Ogos 2015, bertempat di Makmal Komputer telah diadakan Kursus Dalaman (LDP) berkaitan Pentaksiran dan Pengurusan Fail. Kursus telah disampaikan oleh Encik Mazni bin Othman, Guru Besar Encik A Zamri bin Husin dan bekas PT SK Kayan En Helmi.






MOTIVASI IBU BAPA DAN MURID TAHUN 6 2015

SABTU 9 Ogos 2015, Satu program khas untuk murid Tahun 6 bersama ibu bapa telah diadakan. Antara pengisiannya ialah Motivasi Murid dan Ibu Bapa yang telah disampaikan oleh Encik Syed Khairul Amilin bin Syed Nadzir, guru SK Sungai Batu Pantai Remis. Selepas itu satu sesi dialog ibu bapa dengan sekolah membincangkan program peningkatan akademik dan kelas intervensi bagi mengapai A dan 100% lulus dalam UPSR nanti.