ILTIZAM SK KAYAN

ILTIZAM SK KAYAN
KEPADA BAND 1 PADA TAHUN 2017

TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2017

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR

PENGGUNAAN KOMPUTER PELAJAR
Sila isi setiap kali menggunakan komputer sekolah. Klik pada perkataan "Penggunaan Komputer Pelajar'.

GURU

GURU
Klik pada perkataan 'Penggunaan Komputer Guru'

Friday, January 30, 2015

KEJAYAAN SK KAYAN DALAM BOLING

Pertandingan Boling Tenpin MSSD Manjung 2015
SK Kayan menghantar 4 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Peserta perempuan Adik Syasya berjaya merangkul pingat emas manakala adik Iklil Batrisya berjaya mendapat tempat kedua dan jatuhan pin tertinggi. Peserta lelaki iaitu adik Syafiqzul Adha dan Alfan Naim hanya mendapat tempat kelima dan ke dua belas. 2 orang peserta perempuan berjaya mewakili daerah Manjung ke Kejohanan Boling Tenpin MSSPk nanti. Tahniah.


                                      Johan                            Naib Johan
                          Nur Syasya Masturina            Iklil Batrisya
 Peserta yang mengambil bahagian





Tuesday, January 13, 2015

PENEMPATAN SEMENTARA MANGSA BANJIR

Sejarah telah tercipta apabila SK Kayan, Sitiawan, Perak pertama kalinya menjadi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir pada tahun 2014/2015. Mangsa-mangsa banjir datang dari kampung berdekatan iaitu Kampung Ulu Kayan, Kampung Parit Jerman dan Kampung Sejagop. Penempatan ini mula beroperasi pada 31 Disember 2014 dan sehinggi kini (13 Januari 2015) masih terdapat lagi mangsa-mangsa yang belum pulang ke rumah masing-masing. Ia berpunca daripada limpahan air Sungai Perak dan ban yang pecah akibat tidak dapat menampung air yang banyak. Walaupun cuaca baik dan panas, namum dikhabarkan air seperti tidak surut walaupun berbagai usaha dilakukan.

Sesi persekolahan yang tertangguh daripada 5 Januari kepada 12 Januari akibat bencara banjir yang digambarkan sebagai bencana besar melanda negeri pantai timur termasuk negeri Perak. Kemudian KPM juga mengeluarkan siaran kepada sekolah yang dilanda banjir atau dijadikan tempat penempatan mangsa banjir boleh menangguhkan lagi sesi persekolahan 2015 pada 19 Januari. Namun 5 hari persekolahan iaitu 12 - 16 Januari perlu diganti. SK Kayan mengambil keputusan untuk membuka sekolah pada 12 Januari walaupun SK Kayan tersenarai dalam 41 sekolah yang terlibat dengan bencana banjir ini seluruh Malaysia.

Para pelajar ditempatkan di bilik-bilik khas seperti Bilik Muzik, Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Pusat Sumber, Bilik Makmal Komputer, Bilik Pemulihan Khas dan Bilik Bengkel Kemahiran Hidup. Sesi persrkolahan pada minggu ini (12 - 16 Jan. ) berjalan seperti biasa dan mangsa-mangsa banjir juga masih berada di dalam kawasan sekolah dan mereka menggunakan bilik darjah sebagai tempat penginapan.

Bersamalah kita mendoakan agar segala musibah dan masalah ini dipermudahakan oleh Allah dan berakhir dalam kadar segera. Kita berharap kepada mangsa-mangsa banjir (termasuk murid SK Kayan dan seorang staf SK Kayan) tabah menghadapi dugaan ini.