TERKINI...DI PUSAT SUMBER SK KAYAN...JOM TENGOK

TERKINI

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2018

Visi dan Misi

Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MAKSUD

Melestarikan : Membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal.
Sistem           : Keteraturan, teratur.
Pendidikan    : Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan      
                        mendidik
Berkualiti      : Melebihi yang lain. Baik kualitinya, tinggi nilainya.
Membangun  : Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) potensi murid  
                         untuk mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu.
Individu        : Murid
Memenuhi    : Mencapai sesuatu yang diperlukan.
Aspirasi        : Keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita-cita.
Aspirasi Negara : Merujuk kepada Aspirasi Negara dalam Pendidikan (6 Aspirasi Murid & 5    
                             Aspirasi  Sistem).


Visi KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MAKSUD
Pendidikan     : Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan 
                         mendidik
Berkualiti       : Melebihi yang lain. Baik kualitinya, tinggi nilainya.
Insan              : Manusia (murid)
Terdidik         : Mendapat latihan (asuhan, pengajaran dll) yang sempurna, terlatih
Negara           : Malaysia
Sejahtera        : Bebas daripada segala macam kesusahan dll, aman sentosa dan makmur, selamat


Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

MAKSUD
Membangun       : Usaha atau kegiatan membangun (memaju atau mengembang) murid.
Potensi               : Kemampuan murid untuk mencapai, menghasil, atau melakukan sesuatu, 
                             keupayaan
Individu             : Murid
Pendidikan        : Ilmu pengetahuan. Latihan atau ajaran ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan 
                            mendidik.
Berkualiti           : Melebihi yang lain. Baik kualitinya, tinggi nilainya


Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


MAKSUD
Sekolah            : Institusi pendidikan yang membangun ilmu pengetahuan, memberi latihan atau 
                           ajaran ilmu didik.
Unggul             : Tertinggi dan sentiasa cemerlang
Generasi           : Rakyat Malaysia
Terbilang          : Sentiasa mencipta kecemerlangan

Moto Sekolah

KAYANTIGERS CEMERLANG

PIAGAM SEKOLAH

Kami Warga SK Kayan
Dengan ini berikrar bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi yang berteraskan kualiti. Kami berazam akan meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui:-

Kepada Murid
  1. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh 5 minit waktu jadual bermula.
  2. Latihan dan disemak dan dikembalikan dalam tempoh 2 hari selepas latihan diserahkan.
  3. Mengadakan ujian sematif tiga kali setahun.
  4. Semua murid akan di layan dengan adil tanpa mengira kaum dan agama.
Kepada Guru dan Kakitangan
  1. Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh 1 hari selepas diserahkan.
  2. Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan diserahkan kepada pemohon dalam tempoh 1 minggu selepas pesanan diterima.
  3. Memastikan semua arahan PPD/JPN dan KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.
  4. Menerima latihan dalaman untuk peningkatan kendiri sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
Kepada Waris (Ibu Bapa / Penjaga)
  1. Setiap aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh 7 hari bekerja.
  2. Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh 2 minggu selepas dilaksanakan.
  3. Permohonan untuk anak bertukar sekolah akan diselesaikan dalam masa 2 hari bekerja.